Sunday, June 26, 2011

Happy 7th anniversary my baby strawberry !!

Assalamualaikum kawan-kawan sume.Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang hubungan saya dan Babydiera.Pada 14 jun lepas,kami telah genap 7 bulan bersama.Saya rasa amat gembira dan bersyukur sangat sebab saya mana pernah ada hubungan lama-lama macam ni.Saya gembira sangat saya masih bersama dengan Babydiera walaupun saya sering buat hal dalam hubungan kami.HEHEHE :P


Pada petang itu,seperti biasa saya akan kejutkan Babydiera dari tidur.Saya pun mengejutkannya dalam pukul 6 setengah.Saya telah pun siap.Saya memang semangat kalau nak jumpa Babydiera tapi kalau pergi kelas saya malas sangat.Saya pun gerak awal sebab semangat sangat hari tu.Saya dapat rasakan bahawa hari ni merupakan hari yang gembira buat kami.Ketika dalam perjalanan.Tiba-tiba kereta saya terpadam.Rupa-rupanya minyak dah habis.Ketika itu,stesen minyak berhampiran masih jauh lagi.Saya tengok jam pun dah hampir menunjukkan pukul 7 setengah.Saya pun buntu.Saya pun keluar kereta dan ternampak ada botol kosong di situ.Saya pun cepat-cepat ambil botol tu dan lari ke stesen petronas.Penat gila ketika itu.Berpeluh gila saya.Saya pun telefeon Babydiera dan menjelaskan apa yang berlaku.Nasib baik dia faham.Sesudah saya sampai di stesen petronas,saya pun isi minyak ke dalam botol.Selepas itu,saya lari balik ke kereta saya.Apabila minyak sudah di isi,saya ke stesen minyak petronas sekali lagi untuk isi lebih banyak.


Selepas isi minyak,saya pun ke rumah Babydiera.Selepas sampai,Babydiera tak tanya pun pergi mana.Saya pakai jalan je.Apabila dah lama sangat dalam kereta,baru dia tanya nak pergi mana.Saya menipunya ingin membawanya makan nasi lemak di petaling jaya,sebab ada signage petaling jaya di situ.Akhirnya sampai juga ke destinasi.Rupanya saya nak bawa dia di The Curve.Dia begitu gembira sekali saya bawanya di curve.Saya membawanya ke sana sebab dia kata ada beg kegemarannya di sana.Kitorang pun carik beg tu bersama-sama.Sudah hampir keseluruhan The Curve kami cari,tetapi tak jumpa jugak.Saya melihat Babydiera begitu sedih sekali.Saya pun membawanya ke mcd yang berdekatan.Dia kelihatan begitu gembira sekali.Saya gembira melihatnya gembira.Selepas makan,saya pun pura-pura nak terkencing dan singgah di rumh sementara Babydiera duduk di dalam kereta.Saya pun mengambil hadiah di dapur dan berinya kepada babydiera,Dia kelihatan begitu gembira sekali meneerima hadiah daripada saya.Selepas menerima hadiah itu,saya pun membawanya pulang ke rumah.

HAPPY 7TH ANNIVERSARY BABY! SORRY LAMBAT POST SEBAB SAYA ORG MISKIN TAKDE LAPTOP MAHU PUN KOMPUTER.NI PUN TUMPANG PC ORG.


Thanks for reading . I hope you like it . Come here again . Have a nice day :)

2 comments:

  1. i'm glad that you and baby diera still together ! take a good care of her ! okay :) cheers . hehe.

    happy anniversary Anis And Diera.
    may ALLAH bless both of you .

    ReplyDelete
  2. aww sweet btol korg, hope brkekalan yee . kawen jgn lupa ajak , hee :D

    ReplyDelete

Thanks For Leaving a Comment to Me :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
- COPYRIGHT© BY ANIS ANWARY -