Saturday, July 30, 2011

Happy birthday to me

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.Saya harap anda semua sihat-sihat belaka.Pada entry kali ini,saya ingin berkongsi cerita tentang sambutan harijadi saya yang ke 21.Saya telah genap umur 21 tahun pada 26 julai 2011.Saya dah dewasa dah kan?huhu.Terasa kejap je masa berlalu.



Pada hari itu,saya dikejutkan oleh mama untuk mengambil papa di stesen LRT.Papa tidak dapat pulang ke rumah kerana keretanya dihantar servis.Ketika itu jam sudah pukul 6 petang.Saya pun cepat-cepat mandi,siap dan terus mengambil papa.Apabila pulang,saya berasa amat terkejut apabila melihat ruang tamu saya dihiasi dengan belon dan meja pula dihidangi dengan pelbagai makanan yang enak-enak.Apabila saya menjejaki kaki di rumah,seluruh keluarga saya terus menjerit "happy birthday!" saya berasa amat terkejut dan terharu dengan keluarga saya.Saya berasa amat terkejut kerana sebelum saya keluar rumah.semua orang buat bodoh dan rumah saya kelihatan biasa je.Saya terus mengucapkan terima kasih kepada mereka dan salam mereka.Saya peluk mak saya kuat-kuat sebab saya gembira sangat.Mak saya memberi saya kad hari jadi dan suruh saya duduk dikerusi sambil membaca apa yang tertulis di dalam kad itu.Saya terharu dengan apa yang tertulis pada kad itu.Selepas itu,saya diberi hadiah pula.Saya disuruh buka hadiah saya ketika itu juga.Saya suka hadiah yang keluarga saya berikan kerana barang-barang itu memang saya perlukan dalam kehidupan seharian.Selepas itu,kami membaca doa dan nyanyian lagu selamat hari jadi.Selepas selesai menaynyikan lagu,saya pun memotong kek.Adek saya sempat mengambil beberapa gambar saya memotong kek.Selepas selesai memotong kek,kami semua pun makan.




Selesai makan,saya pun bergegas ke rumah kekasih hati saya Babydiera .Ketika dalam perjalanan,handphone saya tiba-tiba kehabisan bateri.Saya berasa gelisah kerana takut Babydiera susah nak hubungi saya.Ketika dalam perjalanan pula,berlaku kemalangan.Saya terlanggar motor yang cuba menukar lorong.Nasib baik kereta mak saya tiada apa-apa dan dia juga selamat.Nasib baik penunggang motor itu orangnya baik.Kami bersalam dan seterusnya saya meneruskan perjalanan ke rumah Babydiera.Apabila sampai,saya terus ke rumahnya dan memberi salam.Mama babydiera menyambut salam dan mempelawa saya masuk.Nasib baik Babydiera belum siap lagi.Saya sempat tengok Street Fighter 2 sambil menunggu puteri saya itu siap.Ketika itu,Babydiera menyuruh saya masuk ke kereta dan tunggunya disana kerana dia sudah hampir siap.Saya pun pergi lah ke kereta.Sebelum saya pergi,puteri saya itu memanggil saya dan memberi saya sebuah kotak berbentuk hati dan sampul surat.Dia menyuruh saya membacanya dulu sementara dia bersiap.Saya pun masuk ke dalam kereta dan membuka sampul surat itu.Maka,terkeluarlah sekeping kad harijadi yang cantik sekali.Saya pun cepat-cepat lihat apa yang tertulis di dalam.Di dalam itu,terdapat sekeping gambar kami yang saya sangat gemari sebab saya nampak putih dalam gambar itu.AHHAHAHA!Tiba-tiba air mata saya mula berlinangan apabila membaca kad itu.Baru la soalan saya terjawab hari itu.Saya sungguh terharu dengan apa yang Babydiera lakukan pada saya hari ini.Apa yang dilakukan oleh Babydiera tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini.Buat pertama kalinya dalam hidup saya ada perempuan bersusah payah menyambut harijadi saya,memberi kad harijadi dan paling saya terharu,memasak untuk saya.Pada hari itu,babydiera telah masak muffin berry yang sedap cangat-cangat.Saya suka sangat masakan dia itu.Saya sangat terharu sampai lelaki ganas dan tidak berperasaan seperti saya ini boleh menangis.Saya pun makan muffin itu sambil menunggu puteri saya itu siap.




Selepas Babydiera siap,saya pun pergi lepak dengan kawan-kawan saya.Ketika itu,boleh pula kedai itu tiada letrik.Kami terpaksa makan kek dan muffin dalam gelap.Memang romantik,tapi banyak nyamuk.Habis kaki saya dan Babydiera digigit nyamuk.Akibat tak tahan,kami pun masuk dalam kereta dan berjalan-jalan di dalam kereta.Saya tak henti-henti mengucapkan terima kash kepada kekasih hati saya itu kerana saya betul-betul terharu dengannya.Hari sudah lewat ,saya pun menghantar Babydiera pulang.Selepas menghantarnya,saya pun pulang ke rumah.Apabila saya keluar kereta dan mahu membuka pagar rumah,tiba-tiba telur dan tepung singgah di kepala saya.Saya lihat,kawan-kawan saya sudah berada di atas pokok dan membaling telur di kepala saya.Saya tidak dapat menyelamatkan diri kerana saya memegang hadiah yang diberikan Babydiera tadi.Saya menyimpannya didalam baju dengan selamat.Yang tak selamat cuma saya dan handphone saya je.Kawan-kawan saya tak henti-henti mentertawakan saya.Tiba-tiba berlakunya perang tepung dan telur di rumah.Saya pun cepat-cepat ke dapur dan mengambil telur.HAHAHAA!habis busuk rumah saya dengan bau telur dan kotor rumah saya dengan tepung dan telur.Selepas perang,kami semua mandi beramai-ramai di luar rumah sambil gelak ketawa.Kami gelak sakan apabila ada diantara kami yang seluarnya koyak dibahagian bontot.Dia tak perasan kami gelakkanya.Saya gelak sambil berguling-guling sebab kelakar sangat.Selepas mandi,kami pun pulang ke rumah masing-masing.



Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Abah,mama,adek,baby,Babydiera,Aizat,Acap,Akim kerana memeriahkan harijadi saya dan semua kawan-kawan di facebook atau pun mana-mana kerana wish hari jadi saya.Terima kasih kerana ingatkan saya.Ye la,saya kan macam daun kering di tepi jalan.Mana ada orang nak layan.Tak sangka ada orang nak wish birthday saya.Kih kih kih.


Thanks for reading . I hope you like it . Come here again . Have a nice day :)

Sunday, July 17, 2011

Pergi ke majlis perkahwinan saudara saya

Assalamualaikum kawan-kawan.Pada entry kali ini,saya ingin menceritakan tentang majlis perkahwinan saudara saya iaitu Zuzafrini atau pun Nini.Dia telah berkahwin dengan suaminya yang bernama Johanis.Mereka nampak serasi bersama dan bagaikan pinang dibelah dua.Hehehe.

Perkahwinan ini berlangsung di rumah pengantin perempuan iaitu rumah Nini dan rumahnya terletak di Bangi.Pada pagi itu,saya terbangun lambat dan mak saya marah saya supaya cepat siap.Saya pun dengan segera mandi dan hensem-hensem untuk ke majlis perkahwinan tersebut.Kene la hensem-hensem takut ada awek lawa ke... HAHAHAHAHHAHHAHA!Kami bertolak dari rumah pada jam 11 pagi.Memang panas sangat ketika itu.Ketika dalam perjalanan,saya tertidur kerana mengantuk dan letih sangat.Saya sampai di rumah pengantin pada jam 12 tengah hari.Masih tiada lagi tetamu yang hadir.Saya pergi makan dulu sebab dari pagi saya tak makan lagi.Sedap betul makanan disitu.Saya memang suka makan nasi minyak.Lagi-lagi ada ayam masak merah.Yummy!Selepas makan,saya menolong mak saya mengangkat cenderahati pengantin .Banyak gile cenderahati di dalam kotak.Dalam kotak tu ada banyak gula-gula dan coklat.mmmmm..sedapnyew !

Selepas Zohor,tetamu mula hadir dan keadaan menjadi sesak sedikit.Ramai juga orang yang hadir.Banyak juga awek-awek cun yang datang.Tapi saya tak pandang pun.Bila saya nampak je awek cun,saya akan cepat-cepat tengok handphone saya.Sebab handphone saya ada wallpaper Babydiera.Bile saya tengok je wallpaper itu,saya terus tak pandang awek-awek cun di situ dah.Tugas saya pada hari itu ialah melayan tetamu yang hadir.Bila ada orang datang je,saya salam mereka dan bila mereka balik,saya bagi cenderhati pada mereka.Tapi dekat awek-awek saya tak bagi la,kalau nak,kene bagi number tepon dulu.Kih kih kih.Tidak lupa juga kepada artis yang hadir.Farhan AF,Faradhiya,Cikgu siti hajar dengan yang lain-lain yang saya   tak kenal.Saya nak tangkap gambar dengan mereka tapi apakan daya.Saya kan PEMALU dengan saya kan takde DSLR.Mana layak nak bergambar dengan diorang.Krew-krew astro juga turut hadir pada hari itu.Mereka tak rakam pun saya di situ.Biasa lah,saya kan sampah.Saya kan bagaikan daun kering ditepi jalan.Mana ada orang kisah.Nampak pun buat-buat tak nampak je.

Badan saya berbau amat busuk dan hapak ketika itu kerana amat berpeluh.Cuaca pada hari itu memang panas sangat.Saya banyak minum air hari itu.Selepas tamat persandingan,saya pun ke ruang tamu dan tidur.Saya buat tak tahu je orang lalu-lalang di situ.Saya tidur betul-betul di tengah-tengah ruang tamu dan betul-betul dibawah kipas.Saya terlalu letih dan terlalu panas.Saya peduli apa awek-awek cun nak pandang ke apa ke.Saya tak kisah pun sebab Babydiera lagi cun dari diorang.Saya terdengar juga la mereka ada mengejek-ngejek saya.Tapi saya peduli apa.Pada pukul 6,saya pun terjaga.Itu pun mama saya yang kejutkan.Habis lantai rumah itu dibasahi oleh air liur basi saya.Saya terlalu mengantuk hingga tak sedar apa saya buat.Mungkin saya ada mengigau kot.Saya kan kuat mengigau.Hurmmm.Sebelum pulang,kami sekeluarga,atuk,nenek,pakcik,makcik,saudara mara semuanya  lah tangkap gambar bersama.Selepas bersalaman dengan semua orang,saya pun balik.Ketika balik,saya asyik-asyik terbayangkan bagaimana la saya ketika berkahwin nanti.Jap.Saya ni layak ke berkahwin?hmmmmm


Maaf,gambar ada satu je sebab tiba-tiba je handphone saya off sendiri ketika itu.Tinggi kan Nini?kan saya dah cakap dah saya ni pendek.Dah le pendek,busuk,tak hensem,miskin,hitam plak tu.. hurmmm :(


Thanks for reading . I hope you like it . Come here again . Have a nice day :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
- COPYRIGHT© BY ANIS ANWARY -