Sunday, July 17, 2011

Pergi ke majlis perkahwinan saudara saya

Assalamualaikum kawan-kawan.Pada entry kali ini,saya ingin menceritakan tentang majlis perkahwinan saudara saya iaitu Zuzafrini atau pun Nini.Dia telah berkahwin dengan suaminya yang bernama Johanis.Mereka nampak serasi bersama dan bagaikan pinang dibelah dua.Hehehe.

Perkahwinan ini berlangsung di rumah pengantin perempuan iaitu rumah Nini dan rumahnya terletak di Bangi.Pada pagi itu,saya terbangun lambat dan mak saya marah saya supaya cepat siap.Saya pun dengan segera mandi dan hensem-hensem untuk ke majlis perkahwinan tersebut.Kene la hensem-hensem takut ada awek lawa ke... HAHAHAHAHHAHHAHA!Kami bertolak dari rumah pada jam 11 pagi.Memang panas sangat ketika itu.Ketika dalam perjalanan,saya tertidur kerana mengantuk dan letih sangat.Saya sampai di rumah pengantin pada jam 12 tengah hari.Masih tiada lagi tetamu yang hadir.Saya pergi makan dulu sebab dari pagi saya tak makan lagi.Sedap betul makanan disitu.Saya memang suka makan nasi minyak.Lagi-lagi ada ayam masak merah.Yummy!Selepas makan,saya menolong mak saya mengangkat cenderahati pengantin .Banyak gile cenderahati di dalam kotak.Dalam kotak tu ada banyak gula-gula dan coklat.mmmmm..sedapnyew !

Selepas Zohor,tetamu mula hadir dan keadaan menjadi sesak sedikit.Ramai juga orang yang hadir.Banyak juga awek-awek cun yang datang.Tapi saya tak pandang pun.Bila saya nampak je awek cun,saya akan cepat-cepat tengok handphone saya.Sebab handphone saya ada wallpaper Babydiera.Bile saya tengok je wallpaper itu,saya terus tak pandang awek-awek cun di situ dah.Tugas saya pada hari itu ialah melayan tetamu yang hadir.Bila ada orang datang je,saya salam mereka dan bila mereka balik,saya bagi cenderhati pada mereka.Tapi dekat awek-awek saya tak bagi la,kalau nak,kene bagi number tepon dulu.Kih kih kih.Tidak lupa juga kepada artis yang hadir.Farhan AF,Faradhiya,Cikgu siti hajar dengan yang lain-lain yang saya   tak kenal.Saya nak tangkap gambar dengan mereka tapi apakan daya.Saya kan PEMALU dengan saya kan takde DSLR.Mana layak nak bergambar dengan diorang.Krew-krew astro juga turut hadir pada hari itu.Mereka tak rakam pun saya di situ.Biasa lah,saya kan sampah.Saya kan bagaikan daun kering ditepi jalan.Mana ada orang kisah.Nampak pun buat-buat tak nampak je.

Badan saya berbau amat busuk dan hapak ketika itu kerana amat berpeluh.Cuaca pada hari itu memang panas sangat.Saya banyak minum air hari itu.Selepas tamat persandingan,saya pun ke ruang tamu dan tidur.Saya buat tak tahu je orang lalu-lalang di situ.Saya tidur betul-betul di tengah-tengah ruang tamu dan betul-betul dibawah kipas.Saya terlalu letih dan terlalu panas.Saya peduli apa awek-awek cun nak pandang ke apa ke.Saya tak kisah pun sebab Babydiera lagi cun dari diorang.Saya terdengar juga la mereka ada mengejek-ngejek saya.Tapi saya peduli apa.Pada pukul 6,saya pun terjaga.Itu pun mama saya yang kejutkan.Habis lantai rumah itu dibasahi oleh air liur basi saya.Saya terlalu mengantuk hingga tak sedar apa saya buat.Mungkin saya ada mengigau kot.Saya kan kuat mengigau.Hurmmm.Sebelum pulang,kami sekeluarga,atuk,nenek,pakcik,makcik,saudara mara semuanya  lah tangkap gambar bersama.Selepas bersalaman dengan semua orang,saya pun balik.Ketika balik,saya asyik-asyik terbayangkan bagaimana la saya ketika berkahwin nanti.Jap.Saya ni layak ke berkahwin?hmmmmm


Maaf,gambar ada satu je sebab tiba-tiba je handphone saya off sendiri ketika itu.Tinggi kan Nini?kan saya dah cakap dah saya ni pendek.Dah le pendek,busuk,tak hensem,miskin,hitam plak tu.. hurmmm :(


Thanks for reading . I hope you like it . Come here again . Have a nice day :)

0 Comment(s):

Post a Comment

Thanks For Leaving a Comment to Me :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
- COPYRIGHT© BY ANIS ANWARY -