Sunday, July 3, 2011

Ikan bakar Sekinchan

Assalamualaikum kawan-kawan.Apa khabarsemua?sihat tak?dah mum blum?HUHU!HAHAHAHAHHA!Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang pengalaman saya makan malam di Restoran Ikan Bakar Sekinchan.Pada malam itu,saya dan Babydiera makan malam di Restoran Ikan Bakar Sekinchan di Setiawangsa.Saya membawanya makan di situ sebab adalah orang tu bahan-bahan saya..HAHAHAHHAHAHAHAHHA!



Pada malam itu seperti biasa Babydiera akan tanya saya di mana kami akan makan.Saya menipunya yang saya akan membawanya makan di gerai apa tah saya merepek-repek.Akibat jalan terlalu sesak,Babydiera terlelap sepanjang perjalanan.Akhirnya,kami tiba di destinasi iaitu Restoran Ikan Bakar Sekinchan yang terletak di Setiawangsa.Saya pun mengejutkan Babydiera bangun.Dia pun terkejut apabila ternampak restoran itu.Dia kelihatan begitu gembira ketika itu.Dia bertanya kepada saya adakah saya akan ke situ?tapi saya tipu dia saya nak bawak makan di Ali B je kemudian saya gelak sekuat hati saya apabila dia mula berdrama korea.HAAHAHHAAHAHHAHAHAHAHHA!!!!!!!!!!!!!!1




Apabila sampai,Babydiera memilih tempat duduk kami.Tempat duduk itu strategik tetapi angin kipas yang terlalu kuat mengganggu kami.Habis rambut masuk dalam mulut dan agak rimas sekali.Kami memesan 1 ekor ikan cencaru.Ketika sedang menunggu ikan,saya sempat check-in di situ.Pertama kali saya check-in tau?HHUHUHHUHUHUHUH!Selepas hampir 20 minit,ikan pun sampai.Selepas membaca doa,kami pun makan.Ikannya begitu manis sekali.Saya tertarik dengan sos yang diletakkan pada ikan itu.Macam biasa la Babydiera akan memotongkan ikan untuk saya.Saya tak pandai potong ikan.Sedih kan?haha.Saya cadangkan kawan-kawan semua cubalah makan di restoran ini terutama kepada peminat-peminat ikan bakar.Tak rugi pun.Memang cewdapp.HAHAHHAHAHA!

Baby,sorry la bie takde duit nak beli ikan siakap :(


Thanks for reading . I hope you like it . Come here again . Have a nice day :)

Sunday, June 26, 2011

Jual air di Broga Hill


Assalamualaikum semua.Hari ni saya nak bercerita tentang pengalaman saya ke Broga Hill lagi.Tapi kali ni bukan untuk mendaki sahaja,tetapi untuk berniaga.Saya dapat sumber inspirasi dan idea ini dari kwn saya Bittu.Dia yang bagi idea kat saya supaya menjual air di sini sebab ketika pertama kali kami mendaki di sini,kebanyakkannya semua org kehaunsan dan mahu membeli air tetapi di sini tiada sesiapa pun menjual air.Jadi saya mengambil peluang ini untuk menjual air di atas sana.


Saya membeli 4 kotak air mineral.Saya membelinya di kedai borong di Selayang.Selepas membeli air,saya ke rumah untuk bersiap sedia ke Broga hill.Saya bertolak dari rumah seawal jam 4 pagi.Saya sampai di Broga hill dalam pukul 5 setengah pagi.Selepas siap membahagikan barang-barang kepada kawan-kawan saya,kami pon mula mendaki Broga hill.Hanya kami berempat saja yang berniaga hari itu.Saya,adek saya,hakim dan aizat.Seorang daripada kami bawak sepuluh botol.Ketika dalam perjalanan,baru la saya tahu betapa susahnya berniaga.Bahu saya terasa sakit sangat.Saya juga hampir jatuh ketika mendaki,kerana muatan saya yang berat sangat.


Kami berniaga di checkpoint pertama saja kerana kebanyakkan org tidak dapat naik ke check point akhir kerana penat dan tidak larat.Jadi kami mengambil keputusan untuk berniaga di check point pertama saja.Kami pon letak kotak di bawah dan keluarkan air.Hakim menyusunnya sementara saya mengira berapa banyak air.Selepas itu kami pun memulakan perniagaan.Pada mulanya kami senyap saja sebab kami igt org yang akan datang pada kedai kami.Tapi sebenarnya tak.Saya pun mula menjerit-jerit "air,air!" baru lah ade org pandang dan perasan kami menjual air.Customer pertama perli kami dan ckp kami menjualnya sangat mahal dan tak masuk akal.Nampak sgt dia tu bodoh.Dia tak fikir pulak cost angkat air ni berapa?dah la berat.Bodoh punya boroi!


Banyak pengalaman yang saya dapat ketika menjalankan perniagaan di sini.Baru la saya tahu bagaimana perasaannya jadi seorang peniaga.Perasaan dicaci,diejek,dipulaukan,perasaan mendapat duit.Wow,saya paling suka perasaan org beli barang saya.Saya gembira sangat-sangat.Alhamdulillah,kami berjaya jugak habiskan 3 kotak hari tu.Kami berjaya habiskan dalam masa 3 jam.Saya tak sangka perniagaan saya mendapat sambutan hangat.Mana taknya,cuma kami saja yang gila berniaga di situ.Ramai yang tak percaya ada org yang berniaga di tempat seperti itu.Muka mereka pelik je.Terima kasih kepada kawan-kawan saya yang menolong saya hari tu.Esoknya juga saya berniaga lagi.Tapi saya berniaga dengan kecik dan andez pula.3 kotak juga berjaya dihabiskan.Kami habiskan juga dalam 3 jam.Saya gembira sangat dalam 2 hari tu kerana mendapat pengalaman yang saya cari-cari selama ini.Terima kasih kawan-kawan dan orang yang beli air saya.Love you all.But i love Babydiera the most.HAHAHAHA!


Thanks for reading . I hope you like it . Come here again . Have a nice day :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
- COPYRIGHT© BY ANIS ANWARY -